Tracker Google Sheets untuk peniaga kecil

Jual hari-hari, tapi duit tak nampak?

Rekod duit masuk & keluar terus dari telefon. Rekod 5 saat, sistem kira automatik. Tak perlu pening kira sendiri.

RM29 sekali bayar · Guna bertahun-tahun

Mula Rekod Hari Ini — RM29

Ramai peniaga kecil lalui benda sama

Anda ada masalah ni?

  • Duit masuk keluar setiap hari, tapi tak tahu pergi mana.
  • Duit bisnes dengan duit dapur dah bercampur.
  • Rekod berselerak — buku, Notes telefon, WhatsApp, kira dalam kepala.
  • Belanja kecil (plastik, minyak, delivery) tak pernah dicatat.
  • Hujung bulan nak restock, tiba-tiba modal tak cukup.
  • Bila nak semak hasil bulan ni, tak tahu angka sebenar.

Penat niaga, tapi rasa macam kerja free.

Jualan bukan sama dengan duit dalam tangan. Peniaga yang rajin layak tahu ke mana duit dia pergi.

Kami faham

Masa anda untuk berniaga, bukan untuk pening mengira.

Jadi Tracker ni dibuat paling ringkas. Satu kotak Isi Cepat — taip, tanda kotak, siap. Dashboard jumlahkan duit masuk, keluar dan baki daripada rekod anda.

  1. Taip Duit Masuk & Duit Keluar
  2. Pilih Jenis Keluar (Stok, Sewa, Ambil Duit Sendiri…)
  3. Tanda kotak — rekod tersimpan, baki dikira

Rekod 5 Saat, Terus Settle!

Dashboard Tracker Rekod Duit Bisnes dengan kotak Isi Cepat

Apa yang anda akan nampak

Dari "duit tak nampak" kepada "aku tahu duit aku pergi mana".

Ringkasan bulanan: duit masuk, duit keluar, baki bersih dan carta duit keluar ikut jenis
Isi Je, Biar Sistem Kira!

Nampak duit keluar pergi mana

Pilih bulan — terus nampak jumlah duit masuk, duit keluar, baki dan pecahan ikut jenis. Paling banyak di atas.

Contoh: bila dah rekod sebulan, baru perasan "Ambil Duit Sendiri" makan lebih separuh duit keluar. Benda macam ni tak nampak kalau kira dalam kepala.
Baki duit bisnes dan carta jualan harian
Dashboard automatik

Baki, sasaran & carta jualan harian

Masukkan baki awal masa mula guna. Dashboard tunjuk baki duit bisnes dan carta duit masuk harian. Kalau nak, letak sasaran jualan bulanan — Tracker kira anggaran jualan sehari yang diperlukan.

Tab Rekod: semua transaksi tersusun ikut tarikh
Beli Sekali, Guna Bertahun-tahun!

Semua rekod tersusun dalam satu tempat

Tak perlu buku 555 atau selongkar Notes hujung bulan. Setiap rekod tersimpan ikut tarikh. Lupa rekod semalam? Isi tarikh, tanda kotak. Silap isi? Betulkan terus dalam tab Rekod.

Gambar di atas guna data contoh.

Siapa yang sesuai

Dibuat untuk peniaga kecil yang urus duit sendiri

🧁Bakery & home bakerKek, brownies, cookies, tempahan
🍱Peniaga makananKuih, lauk, frozen food, katering kecil
🏪Gerai & pasar malamKiosk, food truck, bazar
📱Affiliate & dropshipperTikTok, Shopee, komisen
🛍️Online sellerWhatsApp, Instagram, TikTok Shop
✂️Kedai & servis kecilSalon, jahit, dobi, runcit
🌱Niaga sambilanNiaga sambil kerja / baru mula
👩‍🍳Peniaga dari rumahUrus semua sendiri dari telefon

Mula dalam 3 langkah

1

Bayar RM29

FPX online banking. Sekali bayar sahaja.

2

Salin Tracker

Buka Tracker, tekan "Make a copy" — Tracker jadi milik anda.

3

Catat setiap hari

Isi, tanda kotak, siap. Dashboard buat kiraan.

Dapatkan Sekarang — RM29

Apa anda dapat hari ini

Tracker Rekod Duit Bisnes

  • Tracker Rekod Duit Bisnes (Google Sheets) — Dashboard, Rekod & Cara Guna
  • Kotak Isi Cepat — catat terus dari telefon
  • Dashboard bulanan — masuk, keluar, baki, carta
  • Sasaran bulanan — tahu perlu jual berapa sehari
  • Video panduan BM — tak perlu pandai Sheets
  • Sokongan emel jika ada masalah akses
Harga asalRM59
Harga 30 orang terawalRM29
  • RM29 30 orang terawal Sah sekarang
  • RM39 Harga seterusnya Belum bermula
  • RM59 Harga asal —

Sekali bayar. Tiada langganan bulanan. Tracker dalam Google Drive anda sendiri.

Maklumat anda

Billing details

Your order

Product Subtotal
Rekod Duit Bisnes  × 1 RM29.00
Subtotal RM29.00
Total RM29.00
  • Pay with Billplz.

🔒 Pembayaran selamat melalui ToyyibPay · FPX online banking

Soalan lazim

Saya dah ada buku rekod. Apa bezanya?

Kalau rekod dalam buku, anda masih kena jumlahkan sendiri. Tracker ni jumlahkan duit masuk, keluar, baki dan pecahan jenis belanja secara automatik — terus dalam telefon.

Saya tak ada masa nak catat.

Satu rekod cuma isi beberapa kotak, kemudian tanda kotak untuk simpan. Catat masa transaksi berlaku — tak perlu ingat balik hujung bulan.

Saya tak pandai Excel / Google Sheets.

Tak perlu bina formula sendiri — semua dah siap. Isi kotak yang disediakan sahaja. Ada tab Cara Guna dan video panduan BM.

Perlu beli Excel atau aplikasi?

Tak perlu beli Excel. Tracker guna Google Sheets yang percuma — hanya perlukan akaun Google (Gmail). Di telefon, guna aplikasi Google Sheets yang percuma.

Boleh guna di Android dan iPhone?

Boleh. Buka melalui aplikasi Google Sheets di telefon, atau di laptop.

App percuma pun banyak. Kenapa bayar?

Anda bayar untuk Tracker yang dah siap disusun: ruang rekod, formula, ringkasan dan panduan BM. Tak perlu bina dari kosong. Tiada iklan, tiada langganan.

Bisnes saya kecil je. Perlu ke?

Walaupun jualan kecil, anda tetap boleh semak berapa masuk, berapa keluar dan berapa yang tinggal. Mula dengan rekod hari ni.

Bayar guna apa?

FPX online banking melalui ToyyibPay — pilih bank anda semasa bayar.

Bila saya dapat Tracker?

Sejurus selepas bayaran berjaya — akses Tracker dipaparkan di skrin dan dihantar ke emel anda.

Data saya siapa boleh tengok?

Salinan Tracker disimpan dalam Google Drive anda sendiri. Rekod yang anda isi tak dikongsi dengan Kira Settle — hanya orang yang anda kongsikan fail boleh buka.

Semakin lama tangguh, semakin susah nak betulkan.

Transaksi makin banyak. Resit makin hilang. Belanja makin susah nak ingat.

Hari ni masih senang nak mula. Esok, lagi berat nak susun balik.

Mula rekod sekarang, sebelum masalah kecil jadi besar.

Mula Rekod Hari Ini — RM29